Saturday, September 10, 2016

BUKAN SEKADAR MINYAK URUT KOSONG: MINYAK URUT BIDARA ADIRATNA PELBAGAI GUNA



BUKAN SEKADAR MINYAK URUT KOSONG.🌿Minyak Bidara Tanak Murni AdiRatna adalah minyak pelbagai guna yang penuh khasiat. Khasiat dari ramuan herba herba warisan Melayu terpilih dan juga diperkayakan dengan bacaan ruqyah, syifa' dan diaurakan.

Diramu dengan gabungan herba-herba tradisi terpilih seperti Jerangau, Bonglai, Daun Bidara segar, Akar Bidara, Duri Bidara dan pelbagai herba lain yang mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan Melayu-Islam. Herba-herba ini adalah merupakan khazanah terpendam warisan lama yg tersimpan rahsianya.

Kesimpulannya, Minyak Urut Bidara Tanak Murni AdiRatna dianjurkan dalam ikhtiar:
1. Membuang angin dalam badan
2. Melembutkan sendi-sendi & otot-otot terseliuh
3. Melegakan sakit & sengal-sengal badan
4. Disyorkan utk urutan memulihkan stroke/angin ahmar
5. Merawat sakit kulit dan gatal-gatal
6. Melegakan kembung perut
7. Merawat sakit sendi dan saraf
8. Minyak bayi dalam pantang

100% HomeMade... Diusahakan pada skala kecil untuk menjamin kesegaran dan menjaga kualiti. Herba-herba utama dalam Minyak Urut Bidara Tanak Murni ini adalah daripada kebun sendiri, ditanam sendiri oleh pengusahanya.



Banyakkan khasiat bonglai. Sebab itulah dalam mengadun Minyak Urut Bidara Adiratna, bonglai ini dijadikan salah satu ramuan herba utama yang terkandung dalam Minyak Bidara Tanak Murni.

Khasiat Bonglai untuk kegunaan luaran/sapuan: Di Indonesia, masyarakatnya menggunakan bonglai untuk menenangkan bayi dan anak yang sering menangis pada waktu malam, parutan bonglai segar disapukan pada kening dan badan anak.

Dalam perubatan tradisi Melayu, bonglai berkesan untuk mengubati dan mengurangkan kesan penyakit seperti : angin ahmar. Bonglai juga sesuai untuk wanita-wanita lepas bersalin untuk membuang angin.

Di Thailand, bonglai dijadikan minyak untuk aromaterapi dan juga sebagai campuran minyak urut. Minyak ini juga dikatakan mampu mengatasi masalah otot.

Daripada kajian makmal, bonglai didapati mengandungi bahan seperti analgesik, antineuralgik, antikeradangan, antiseptik, antipasmodik, antitoksik, antivirus, karminatif pencernaan, diuretik, fabrifuj, laxative, rubefasien rangsangan, stomachic, tonik dan vermifuj.


Jerangau: salah satu herba warisan tradisi Melayu yg terpilih ditanak bersama dalam campuran Minyak Bidara Tanak Murni Adiratna. 🌿 KHASIAT: Menghindarkan bayi dan kanak-kanak dari gangguan makhluk halus, menangis malam, dan gangguan semasa tidur. Dipercayai dapat merawat lenguh-lenguh sendi, melembutkan otot, melegakan sakit perut, sakit pinggang & sengal-sengal. Bayi , kanak-kanak dan orang dewasa boleh menggunakannya.

Ditambah dengan beberapa potong ayat-ayat suci Al-Quran dan aura. Cara guna, eelok-eloknnya, sebelum disapu, bacalah Bismillah, Selawat ke atas Nabi dan 3 Qul. Disapu di bahagian sendi-sendi, belakang 2 telinga, tangan, tapak kaki dan di ubun-ubun selepas mandi atau sebelum memulakan perjalanan. Digosok dibahagian perut dan sendi yang sakit.
.




No comments:

Post a Comment